Minggu pertama – 8 hari selepas proses persenyawaan
berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk
memberitahu kehadirannya di dalam rahim.
Minggu ke-2 – Blastocyst menggelembung dan sel-sel
mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada
hari yang ke-12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst
terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.
Minggu ke-3 – Saiz embrio terbentuk dan saiznya
hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam
3 lapisan benih (sel) daripada organ badan yang akan bergabung.
Minggu ke-4 - Janin
sudah mulai membentuk struktur asas manusia dimana sel-sel mula
bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4
inci (6 mm = sebesar biji tembikai). Pada masa ini sudah kelihatan
pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung
yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa
darah daripada jantung).
Minggu ke-5 - Embrio
akan terus membesar. Terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan
dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan
membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk
otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm
pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang
asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif. Sistem
peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir
sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan
membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.
Minggu ke-6 - Sekiranya pemeriksaan secara
ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk
kepada dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.
Minggu ke-7 – Pembentukan bayi semakin jelas
terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair
(air ketuban atau amnotic sac) yang akan memberikan keperluan tumbesaran
bayi semasa dalam kandungan.
Janin usia 8 Minggu
Seluruh organ tubuh utama bayi telah terbentuk meskipun belum
berkembang sempurna. Mata dan telinga mulai terbentuk. Jantung berdetak
kuat. Dengan ultrasound kita dapat melihat jantung janin berdenyut.
Minggu ke-9 :



